◉ HEADLINES

‘TYT Sarawak baharu akan diumum sehari dua ini’: Anwar

Katanya, nama calon itu sudah dikemukakan beliau kepada Agong minggu lalu dan diperkenan baginda

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pelantikan dan pengumuman Yang di-Pertua (TYT) Negeri Sarawak baharu akan dibuat dalam masa terdekat.

Perdana Menteri berkata, calon jawatan itu sudah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya sudah kemukakan calon nama itu kepada Agong minggu lalu, (ia) diperkenan dan akan diumumkan dalam satu, dua hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 di Dewan Canselor Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Anwar berkata, satu mesyuarat akan diadakan malam ini bagi membincangkan nama calon Speaker Dewan Negara, susulan peletakan jawatan itu yang dibuat Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat lalu.

Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar disebut-sebut akan dilantik menjadi Gabenor Sarawak Ke-8 selepas dikatakan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. – Gambar Bernama, 22 Januari, 2024

“Kemudian tentang (calon) Speaker Dewan Negara, kita akan berbincang dan adakan mesyuarat Kerajaan Perpaduan malam ini supaya dapat disegerakan pelantikannya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Wan Junaidi didakwa mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Negara untuk dilantik Gabenor Sarawak Ke-8.

Beliau dikatakan akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Namun, pelbagai pihak, termasuk Wan Junaidi, 78, masih mengunci mulut mengenai kesahihah dakwaan itu.

Taib, 88, yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 32 tahun sejak 1981, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2014, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related