◉ HEADLINES

Calon PH lancar manifesto selepas seminggu kempen

Tumpuan utama Sock Tao jika dipilih sebagai wakil rakyat ialah untuk merancakkan aktiviti ekonomi berteraskan pembangunan industri di Hulu Selangor

8:02 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Selepas hampir seminggu berkempen, calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao akhirnya membentangkan manifesto bersandar kepada lima teras utama termasuk aspek ekonomi.

Teras selebihnya iaitu kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan sertan budaya dan kesejahteraan rakyat.

Sock Tao, 31, berkata, manifesto itu adalah hasil maklum balas yang diterima daripada penduduk Kuala Kubu Baharu (KKB) selepas hampir seminggu berkempen dan juga hasil kajian yang dijalankan pasukan kempennya.

Tumpuan utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat ialah untuk merancakkan aktiviti ekonomi berteraskan pembangunan industri di Hulu Selangor.

“Selain itu tumpuan turut diberikan kepada pelancongan sebagai penjana ekonomi utama di kawasan ini.

“Bagi meningkatkan pelancongan tempatan saya mahu mengangkat KKB sebagai destinasi pelancongan hujung minggu utama di Malaysia

“Malah tahun depan adalah Tahun Melawat Selangor, jadi akan digiatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan tempatan,” katanya berucap pada Ceramah Mega Perpaduan di sini malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Selain itu beliau berkata, bagi teras kemudahan, sistem pengangkutan dan kemudahan awam akan ditambah baik selain turut meningkatkan kelajuan internet.


“Teras Alam Sekitar dan Rekreasi pula memastikan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar selain menceriakan
kehidupan rekreasi warga tempatan.


“Melancarkan inisiatif-inisiatif untuk memulihara dan mengangkat warisan dan budaya Kuala Kubu Baharu menerusi teras Warisan dan Budaya,” katanya.

Sock Tao berkata untuk teras terakhir iaitu kesejahteraan rakyat, beliau akan menumpukan kepada penjagaan kebajikan rakyat supata tiada yang terpinggir.

“Jika dipilih juga saya akan gunakan peruntukan Adun untuk bantu golongan yang memerlukan,” katanya. – 4 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related