◉ HEADLINES

Jangan tunggang isu kaum dan agama untuk kepentingan peribadi, tegas Anwar

Anwar turut menasihatkan supaya isu agama dan kaum tidak dijadikan sebagai senjata politik kerana ia akan membakar diri

3:01 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta mana-mana pemimpin parti dan masyarakat supaya tidak menunggang isu kaum dan agama untuk kepentingan peribadi.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, jika diteruskan ia akan membakar dan memusnahkan rakyat.

“Saya nak nasihat jangan gunakan ini sebagai senjata politik kerana ia akan membakar diri.

“Kita nak bagi pandangan dan nasihat pada rakyat, apa (jua) masalah terutama kaum dan agama, kita ikut jalur, peraturan dan hukum.

“Siapa yang melanggar, dia ikut jalur hukum,’’ katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ternas Jernang, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Pada Rabu, enam individu daripada stesen radio ERA FM termasuk tiga penyampai radio itu dipanggil memberikan keterangan di Bukit Aman kerana didakwa mempersendakan upacara agama lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengulas mengenainya memberitahu polis sudah merujuk kertas siasatan berhubung kes itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun pemeriksaan dilakukan mendapati video tersebut telah dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

Tiga penyampai radio itu juga sudah tampil memohon maaf terhadap perbuatan mereka yang dilihat mempersendakan upacara agama Hindu dan telah direhatkan daripada ke udara, sementara menunggu siasatan dalaman yang dijalankan syarikat itu selesai.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan bersikap tegas di mana penghinaan, merendahkan darjat manusia dan agama tidak dibolehkan apalagi dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

“Islam adalah agama persekutuan yang kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian,’’ katanya. – 7 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related