◉ HEADLINES

Kementerian Komunikasi mahu fokus kembangkan industri perfileman ke Asia Tenggara

Kementerian Komunikasi akan teliti semula Dana Kandungan Digital bagi membangunkan industri filem Malaysia untuk tembusi pasaran Asia Tenggara

11:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi akan memberi fokus kepada usaha mengembangkan industri perfileman Malaysia ke pasaran Asia Tenggara sebelum melangkah ke peringkat yang lebih jauh.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata berdasarkan pemerhatian beliau, industri perfileman Asia Tenggara juga mempunyai potensi yang besar berdasarkan jumlah penduduk di rantau ini.

“Bukankah lebih baik sekiranya filem Malaysia dapat ditayangkan di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai 33 juta rakyat… yang tengok filem 10 hingga 12 juta.

“Cuba bayangkan filem kita dapat bawa ke Asia Tenggara yang jumlah penduduknya 660 juta dan saya rasa ia pasaran yang besar. Kita juga ingin menonton filem-filem lain di rantau ini dan ini mungkin kita katakan Road To Asean,” katanya kepada pemberita sebelum tayangan khas filem Sheriff: Narko Integriti di sini malam ini.

Justeru, beliau berkata bagi merealisasikan impian itu, pihaknya akan meneliti semula Dana Kandungan Digital bagi membangunkan industri perfileman negara.

Fahmi juga berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sudah diarah untuk mengadakan pertemuan dengan rakan strategiknya di rantau ini.

Beliau berkata ini termasuk pertemuan dengan pengedar filem serta mengundang penceramah supaya usaha dan ikhtiar kerajaan ke arah ASEAN Cinema tercapai.

“Harapan saya sebelum hujung tahun kita dapat jemput semua sebelum Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN. 

“Perkara positif dan yang baik hasil perbincangan itu kita akan ketengahkan dalam konteks ASEAN,” katanya. – 8 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related