◉ HEADLINES

Anggota APMM selamat jalani pembedahan keluarkan peluru, tidak perlu mata palsu: KPN

Polis menolak kemungkinan suspek terbabit kumpulan militan, sebaliknya ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat di laluan perairan itu

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang cedera di mata dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak semalam, tidak perlu memakai mata palsu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia berikutan pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan peluru di mata anggota itu berjaya.

“Seorang anggota Maritim Malaysia yang terbabit dalam kejadian tembakan itu selamat menjalani pembedahan mata dan peluru berjaya dikeluarkan.

“Pada awalnya nak letak mata palsu, namun Alhamdulillah matanya tidak perlu dikeluarkan dan keadaannya stabil,” katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Terdahulu, Razarudin menyaksikan upacara penyerahan serah tugas kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik baharu, Datuk Mohd Nasri Omar.

Nasri mengambil alih tugas Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang bersara wajib selepas 38 tahun berkhidmat dalam bidang kepolisan.

Dalam kejadian pagi semalam itu, dua anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Zon Lahad Datu cedera ketika berbalas tembakan di perairan Kunak, dengan seorang daripadanya ditembak pada kedudukan 0.2 batu nautika dari timur laut Kampung Pangi, Kunak.

Kejadian pada jam 8.40 pagi itu, mengakibatkan mangsa, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kiri, manakala seorang lagi iaitu kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua tangan ketika berbalas tembakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis sudah mengenal pasti seorang daripada perompak laut yang terbabit dalam insiden berkenaan. – Azim Rahman/Scoop, 8 April, 2024

Razarudin mengesahkan polis sudah mengenal pasti seorang daripada perompak laut yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Namun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai suspek berkenaan.

Pihaknya juga menolak kemungkinan suspek terbabit dengan sebarang kumpulan militan, sebaliknya terdapat kumpulan tertentu ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat yang menggunakan laluan perairan itu.

“Kita nampak kejadian ini adalah satu kes rompakan laut. Apabila musim perayaan, ada yang nak balik ke Kunak dan Semporna, jadi ada pihak cuba mengambil kesempatan merompak bot di laut.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berkaitan kes ini. Kita akan mempertingkat kawalan dan rondaan di sekitar perairan negara,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

◉ Related