◉ HEADLINES

Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani meriah, kehadiran ribuan pengunjung termasuk penyokong bola sepak

Turut menanti pengunjung bertuah adalah hadiah cabutan bertuah yang merupakan sebuah rumah PRIMA

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad nanti menerima sambutan ramai.

Berlangsung serentak dengan perlawanan Piala Malaysia yang akan berlangsung malam ini, ribuan pengunjung dilihat meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sini.

Scoop berkesempatan bertemu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fazil yang turut hadir melawat reruai Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang terletak di bahagian Khemah 1.

Menurut Fahmi, sambutan yang diterima sangat meriah sejak dari awal pagi tadi.

“Kalau kita boleh lihat sekarang ini, ramai pengunjung yang hadir. Ditambah pula dengan penyokong-penyokong pasukan bola sepak dari Johor dan Terengganu.

“Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini termasuk membayar saman dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus.

“Banyak barangan percuma yang diberikan kepada pengunjung. Turut menanti pengunjung bertuah adalah hadiah cabutan bertuah yang merupakan sebuah rumah PRIMA.

“Di samping itu kita ada banyak gerai jualan makanan dan barangan menarik yang disediakan di sini.

“Jangan lupa singgah di booth KKD kerana di sini kita sediakan permainan digital yang menarik untuk dicuba.

“Jadi datanglah beramai-ramai kerana malam ini pastinya akan jadi lebih meriah dengan kehadiran penyokong bola sepak,” katanya kepada Scoop.

Fahmi turut menyarankan agar pengunjung menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalu lintas berikutan trafik sudah mulai sesak. – 8 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related