◉ HEADLINES

Logo kasut mirip kalimah Allah: 1,145 pasang kasut jenama Vern’s dirampas

Polis akan mengesahkan apakah terdapat kesalahan pada logo di kasut berkenaan

12:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis merampas 1,145 pasang kasut jenama Vern’s bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan kasut berkenaan dilakukan di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kedah.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam siasatan itu.

“Kita akan berurusan dengan Jakim untuk melihat (sama ada) adakah itu (logo) mengikut model kasut tersebut atau itu adalah khat tulisan Allah.

“Kita nak confirmkan (sahkan) dulu apa kesalahan pada lambang itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Terdahulu, Razarudin menyaksikan upacara penyerahan serah tugas kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang baharu iaitu Datuk Mohd Nasri Omar, mengambil alih tugas Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang bersara wajib.

Semalam, kecoh di media sosial selepas seorang pengguna mendakwa, logo dipercayai mirip kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut yang baru dibeli untuk isterinya.

Bagaimanapun, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd kemudian dilaporkan memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya, yang pada pandangan mereka disalah tafsir sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Razarudin, pihaknya akan memanggil pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd bagi membantu siasatan namun menegaskan, laporan oleh pihak Jakim adalah lebih penting dalam siasatan tersebut.

“Kita akan panggil penjual, pengusaha atau pengeluar, (namun) yang mustahak adalah apa laporan Jakim itu sendiri,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related