◉ HEADLINES

Anggota bomba patah pergelangan kaki, terjatuh ketika padam kebakaran reban ayam

Kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira 5,000 ayam di reban terbabit rentung

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang anggota bomba patah pada pergelangan kaki selepas terjatuh ketika memadam kebakaran sebuah reban ayam di ladang ternakan ayam di Matang, Kuching, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh unit EMRS untuk rawatan susulan.

“Kecederaan anggota bomba terbabit disebabkan terjatuh semasa memadam kebakaran akibat letupan kabel elektrik serta keadaan lapangan yang berbecak dan berbatu,” katanya.

Kecederaan anggota bomba terbabit disebabkan terjatuh semasa memadam kebakaran akibat letupan kabel elektrik serta keadaan lapangan yang berbecak dan berbatu – Gambar Facebook JBPM Sarawak, 26 Mei, 2024

Terdahulu, PGO Bomba Sarawak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran reban ayam terbabit pada jam 7.11 pagi.

Sepasukan sembilan anggota dari BBP Petra Jaya dibantu lapan anggota dari BBP Batu Lintang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Sejurus tiba jam 7.33 pagi, didapati api sedang marak di salah satu reban ayam itu dan anggota segera melakukan pemadaman ke kawasan yang lebih luas.

“Terdapat sejumlah 11 reban, semuanya di ladang ternakan seluas kira-kira lapan hektar itu dan hanya satu yang musnah dalam kebakaran berkenaan,” katanya.

Kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira 5,000 ayam di reban terbabit rentung. – 26 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related