◉ HEADLINES

Penganjuran Hawana 2024 dapat pengiktirafan wartawan luar

Rakyat harus tahu bahawa tidak ada negara benar-benar mengamalkan demokrasi, tanpa adanya wartawan

7:34 PM MYT

 

KUCHING – Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 mendapat pengiktirafan pengamal media luar sebagai hari terpenting untuk memperakui dan menghargai pengorbanan wartawan dalam menyampaikan informasi yang tepat dan relevan kepada masyarakat.

Presiden Press Council Timor Leste, Otelio Ote berkata, wartawan sentiasa bekerja di bawah tekanan di samping berhadapan dengan pelbagai risiko ketika menjalankan tugas, dan pada masa yang sama perlu berintegriti dalam menyampaikan maklumat.

“Wartawan sebahagian daripada proses demokrasi, dengan semua orang boleh memperolehi infomasi serta kebebasan untuk berekspresi. Rakyat harus tahu bahawa tidak ada negara benar-benar mengamalkan demokrasi, tanpa adanya wartawan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya konsep penganjuran Hawana 2024 boleh diaplikasikan di negaranya dengan melibatkan penyertaan wartawan asing pada sambutan Hari Wartawan Timor Leste yang akan disambut pada 10 Oktober depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tiga, kanan) turut mengambil peluang dalam Jelajah Hawana 2024 untuk mengadakan dialog bersama para siswa di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching. – Gambar Jabatan Penerangan Sarawak, 26 Mei, 2024

“Konsep penganjuran Hawana di Malaysia ini menarik kerana turut melibatkan pameran serta pelbagai acara lain yang menarik bagi mendedahkan masyarakat tentang peranan setiap agensi-agensi media secara amnya,” kata beliau, yang menjadi peserta satu forum yang berlangsung di sini sempena Hawana.

Sementara itu, Koresponden Agensi Berita Xinhua (China), Jonathan Edward berkata, pengetahuan yang diperolehi dari program Hawana 2024 itu membolehkan wartawan yang mengambil bahagian memperbaharui tujuan dan hala tuju kerjaya mereka.

“Industri kewartawanan terus mengharungi kerumitan era digital. Gambaran ini (yang ditekankan pada Hawana 2024) tidak ternilai kepentingannya dalam membentuk masa depan (kewartawanan),” tambahnya.

Orang ramai turut mengambil peluang menyelami peranan media dengan lebih mendalam menerusi pameran yang diadakan. – Gambar Bernama, 26 Mei, 2024

Sementara itu Le Hang Linh dari Pertubuhan Berita Vietnam berkata, menerusi Hawana, masyarakat akan lebih memahami dan memandang tinggi profesion kewartawanan.

“Wartawan muncul daripada pelbagai latar belakang, dan Hari Wartawan Nasional ini bertambah penting menjadi sebagai hari penghargaan kepada sumbangan mereka, selain mengukuhkan asas kewartawanan, untuk menjadi lebih teguh dan inklusif,” tambahnya.

Hawana 2024 turut disertai kira-kira 1,000 pengamal media dari 11 negara asing iaitu Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan, dan Qatar.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak, dan Bernama sebagai agensi pelaksana. – 26 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related