◉ HEADLINES

Pukul teman wanita: Polis ambil keterangan pelakon lelaki

Polis sedang menunggu laporan perubatan wanita terbabit bagi membantu siasatan

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, pelakon berusia 37 tahun itu hadir bersama bapanya pada jam 9 malam tadi.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan tiga individu termasuk pelakon berkenaan.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan perubatan wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga seorang pelakon di Ara Damansara, sekitar jam 3 pagi.

Mangsa yang ketika itu keluar bersama kakaknya dihubungi suspek dan mengajaknya untuk berjumpa di lokasi kejadian itu.

Mangsa kemudian masuk ke dalam kenderaan dipandu suspek yang tiba-tiba memarahi dan menumbuk mata sebelah kiri serta badannya.

Sumber memberitahu, suspek merupakan antara pelakon yang pernah membintangi filem aksi ketenteraan. – 11 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related