◉ HEADLINES

Insiden 2 beradik termakan keropok beracun ‘wake-up call’ buat KKM: Dzulkefly

Pihak penguat kuasa KKM perlu perketatkan SOP penjualan dan penggunaan racun tikus dan seumpamanya kerana mempunyai toksisiti tinggi kepada manusia

8:44 AM MYT

 

KUALA PERLIS – Kejadian dua kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim, Kedah menjadi peringatan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menumpukan usaha memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan serta penjualan racun seumpama itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia kerana mempunyai toksisiti yang sangat tinggi hingga boleh membawa maut.

“… ia ‘wake-up call’ mengingatkan kita terutama penguat kuasa KKM bagaimana peraturan ataupun SOP perlu kita perketatkan dari sudut penggunaan dan penjualan (racun sedemikian),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan sesi ‘walkabout’ premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Kompleks Makanan Laut di sini malam tadi.

Laporan media menyatakan Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, berada dalam kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim pada Ahad lepas.

Kedua-dua beradik malang itu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu lepas, disusuli Muhammad Luth Syauqi tengah hari semalam. 

Dzulkefly berkata usaha untuk memperketatkan SOP itu juga akan melibatkan kerjasama KKM dengan agensi lain berkaitan.

Sementara itu, beliau berkata 122 operasi di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dilaksanakan di Perlis dari Januari hingga Jun lepas, dengan 1,503 notis kesalahan telah dikeluarkan.

“Daripada jumlah itu, 186 notis kesalahan adalah di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 berkaitan larangan merokok di tempat makan,” katanya. – 14 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related