◉ HEADLINES

Protes reformasi kuota di Bangladesh: Pelajar Malaysia dipindah ke Suruhanjaya Tinggi

Selain menilai dengan teliti perkembangan situasi semasa, Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mempertimbangkan semua opsyen, termasuk evakuasi jika perlu

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia di Bangladesh yang terkesan dengan protes reformasi kuota di pindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia demi keselamatan mereka.

Kementerian Luar memaklumkan, ia sebahagian usaha dan dasar bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan yang menjadi keutamaan kerajaan.

Malah, menurutnya, kementerian memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli keluarga mereka di Bangladesh.

“Selain menilai dengan teliti perkembangan situasi semasa, Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mempertimbangkan semua opsyen, termasuk evakuasi jika perlu.

“Kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi berkaitan dalam usaha untuk membantu pelajar Malaysia di Bangladesh,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kementerian itu, pelajar Malaysia di Bangladesh diminta agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

“Bilik Operasi sudah dibuka di kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau emel [email protected],” katanya.

Pada masa sama, kementerian itu berkata, rakyat Malaysia digesa berhati-hati terhadap individu yang menjanjikan bantuan untuk mereka di Bangladesh.

Ujarnya, rakyat Malaysia diingatkan melakukan semakan dengan menghubungi Bilik Operasi. Kementerian Luar.

Rakyat Malaysia di Bangladesh juga digesa mengelakkan berada di kawasan protes, kekal berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, selaras dengan perintah berkurung sedang berkuatkuasa.

“Kementerian ini memantau rapat situasi terbabit dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan, pihaknya menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar di sana.

Ribuan pelajar berdemonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuh pada 2018.

Penunjuk perasaan menuntut perubahan kepada sistem itu yang memperuntukkan 56 peratus daripada pekerjaan awam untuk kumpulan tertentu, lapor agensi berita Anadolu.

Insiden di Dhaka dan beberapa lokasi lain di Bangladesh itu menyebabkan puluhan terkorban, dengan kebanyakannya pelajar termasuk mereka yang di bawah umur, malah menyaksikan polis melepaskan tembakan ke arah peserta. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related