◉ HEADLINES

Gerakan minta Kementerian Pendidikan jangan halang tradisi kutipan dana di SJKC

Menjawab soalan mengenai moral, Dominic menjelaskan, replika cek yang mempunyai logo Tiger tidak akan mempengaruhi murid-murid di sekolah dan tidak sesekali mewujudkan pelajar yang kaki minum

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gerakan menggesa Kementerian Pendidikan untuk tidak menghalang kutipan dana daripada syarikat luar sekiranya kerajaan tidak mahu menyediakan peruntukan secukupnya kepada semua aliran sekolah.

Presidennya, Datuk Dominic Lau berkata, kerajaan perlu memahami dan tidak sepatutnya menghalang tradisi kutipan dana yang telah lama wujud di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Ditambah lagi dengan bantuan kerajaan yang terhad kepada SJKC, mereka hanya boleh bergantung kepada pelbagai aktiviti kutipan dana seperti jualan amal, majlis makan malam amal, konsert dan persembahan amal untuk mendapatkan dana pembangunan sekolah.

“Kutipan dana ini adalah kerja tambahan bagi cikgu-cikgu di SJKC. Mana ada cikgu sanggup nak buat ini? Sekiranya tidak membenarkan kutipan itu dilakukan sila beri peruntukan sepenuhnya kepada sekolah-sekolah ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat ahli jawatankuasa Gerakan pusat hari ini.

Beliau kemudiannya menegaskan Tiger Beer hanya menaja persembahan artis tanpa menjual bir di tempat acara atau memberikan dana secara langsung kepada sekolah.

Menurutnya, dana yang diterima semuanya adalah hasil sumbangan dermawan dan alumni.

Menjawab soalan mengenai moral, Dominic menjelaskan, replika cek yang mempunyai logo Tiger tidak akan mempengaruhi murid-murid di sekolah dan tidak sesekali mewujudkan pelajar yang kaki minum.

“Ini hanyalah tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Dalam pada itu Dominic berkata, Gerakan akan membawa isu itu ke mesyuarat Perikatan Nasional (PN) untuk memberi penjelasan kepada rakan komponen.

“Kerana ini bukan isu kaum,agama tetapi pendidikan merupakan aspek yang penting terutamanya Malaysia yang mempunyai budaya, bangsa dan agama yang pelbagai,” katanya.

Terdahulu Kementerian Pendidikan mengumumkan Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.

Garis panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah, selain penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh membabitkan pelajar Islam.

Isu sumbangan itu tercetus susulan tular gambar Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah pada Sabu, menghadiri suatu majlis kutipan dana di sebuah sekolah di Sepang.

Wakil rakyat Amanah itu menjelaskan beliau tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program, yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Sementara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Zahid berkata, konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah, namun wujud persepsi bahawa sumbangan itu adalah untuk dana sekolah. – 27 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related