◉ HEADLINES

Meta mohon maaf singkir ucapan takziah PM berhubung pembunuhan Ismail Haniyeh

Perkara itu dikemukakan seorang jurucakap Meta kepada Reuters menerusi balasan melalui e-mel berhubung isu terbabit

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) mengemukakan permohonan atas penyingkiran kandungan dari akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lalu.

Perkara itu dikemukakan seorang jurucakap Meta kepada Reuters menerusi balasan melalui e-mel berhubung isu terbabit.

“Kami memohon maaf atas kesalahan operasi di mana kandungan dari Facebook dan Instagram Perdana Menteri (Malaysia) dihapus.

“Kandungan terbabit telah ‘dipulihkan’ dengan label berita yang tepat,” kata jurucakap itu.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Meta memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka menurunkan ucapan takziah Anwar berhubung pembunuhan pemimpin Hamas itu daripada dua platform media sosial berkenaan.

Malah, PMO menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan terbabit.

Tuntutan itu dinyatakan kepada wakil Meta yang dipanggil Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO di Putrajaya.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Pada Jumaat lalu, Fahmi menegaskan, tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas itu, mungkin dilakukan peringkat lebih tinggi dalam Meta dan bukan dilakukan pasukannya di Asia Tenggara.

Katanya, dalam beberapa siri perbincangan bersama pengurusan Meta peringkat Asia Tenggara setakat ini, pihak terbabit memberi bayangan bukan ia yang menurunkan hantaran di Facebook dan Instagram itu. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related