◉ HEADLINES

Pemuda PAS terkilan, tenaga muda diberi sedikit ruang tanding pilihan raya

Ketika anak-anak muda memberikan sokongan kepada parti itu, entah mengapa secara tiba-tiba bilangan calon mewakili sayap Pemuda pada PRN di enam negeri lalu terlalu sedikit

12:06 AM MYT

 

SHAH ALAM – Ketua Pemuda PAS terkilan kerana kepimpinan parti tidak begitu serius memberikan ruang dan peluang kepada tenaga muda untuk bertanding pada pilihan raya.

Menurut Ahmad Fadhli Shaari, ketika anak-anak muda memberikan sokongan kepada parti itu, entah mengapa secara tiba-tiba bilangan calon PRU-15 mewakili sayap Pemuda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri lalu terlalu sedikit.

“Dari konteks Ketua Pemuda Negeri, hanya seorang sahaja Ketua Pemuda PAS negeri bertanding, iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Selangor, manakala lima lagi negeri tidak disenaraikan atas pelbagai sebab dan faktor.

“Sudah tentu Pemuda sedikit terkilan apabila lima lagi negeri tidak membariskan Ketua Pemuda Negeri atas pelbagai sebab dan faktor,” katanya dan menambah muktamar kali ini adalah yang terakhir baginya selaku Ketua Pemuda PAS.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ke-64 di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related