◉ HEADLINES

Nahas pesawat di Elmina: Laporan akhir dikeluar beberapa hari lagi: Loke

Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan telah dikeluarkan pada 15 Sept tahun lalu

4:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Laporan itu akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi, sebelum genap setahun (nahas),” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan laporan nahas itu di sini hari ini.

Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan telah dikeluarkan pada 15 Sept tahun lepas.

Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang mengorbankan 10 nyawa iaitu lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan) serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Sementara itu, Loke berkata kerajaan sedang merangka undang-undang bagi mengenakan denda terhadap lelaki yang menceroboh koc merah jambu yang dikhususkan kepada penumpang wanita.

“Dari segi peraturan kita sedang merangka bentuk denda yang boleh kita kenakan. Sekarang ini, tak ada peraturan yang boleh kita denda lelaki (yang menceroboh koc wanita),” katanya.

Beliau turut meminta operator perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Transit Aliran Massa (MRT) untuk meningkatkan pemantauan terhadap koc wanita.

Loke berkata polis bantuan di stesen-stesen kereta api dan MRT juga perlu digerakkan lebih kerap untuk memastikan golongan lelaki tidak menceroboh koc wanita berkenaan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak menengking seorang wanita selepas ditegur berada di dalam koc yang dikhaskan untuk golongan wanita. – 14 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related