◉ HEADLINES

Culas bayar hutang, tindakan undang-undang menanti 430,000 peminjam PTPTN: Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga mendedahkan sebahagian daripada peminjam didapati sudah bergraduasi sejak berpuluh tahun lalu dan ada yang gagal membuat pembayaran walau satu sen

7:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam culas yang tidak membayar hutang membabitkan RM6 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga mendedahkan sebahagian daripada peminjam didapati sudah bergraduasi sejak berpuluh tahun lalu dan ada yang gagal membuat pembayaran walau satu sen.

“Ini kategori yang tak peduli sejak hari pertama dia keluar (dari universiti), dia tak maklumkan keadaan dia, di mana dia bekerja, bagaimana dia nak (buat pembayaran semula), sepatutnya perlu bincang.

“Kita sudah pun membuat perbincangan secara mendalam di peringkat kabinet untuk langkah seterusnya.

“Saya tidak menafikan langkah susulan yang akan diambil terhadap mereka ini termasuk tindakan undang-undang,” katanya dalam satu program di Lumut, Perak hari ini.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini berada di tahap membimbangkan.

Katanya, perincian tentang tempoh kes dan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap peminjam terbabit akan diumumkan pihak PTPTN dalam masa terdekat.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi kita tetap berhemah. Kita faham keadaan (ekonomi), tetapi saya nak supaya mereka ini datanglah ke pejabat PTTPN , ceritakan keadaan mereka.

“Mereka juga perlulah mempunyai tanggungjawab moral kerana wang itu apabila mereka bayar balik, kita akan gunakan untuk membantu generasi yang akan datang,” katanya. – 21 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related