◉ HEADLINES

BNM tambah 3 lagi entiti dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Tiga entiti terbabit adalah DDNK Menang Saham (entiti klon berpotensi), Mida Pelaburan Malaysia dan Headway

7:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menambah tiga entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) hari ini iaitu DDNK Menang Saham (entiti klon berpotensi), Mida Pelaburan Malaysia dan Headway.

Menurut BNM, FCA adalah senarai panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang mungkin disalah anggap sebagai skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

“Senarai ini dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai dan selepas penilaian sewajarnya ke atas entiti atau skim yang dilaporkan.

“Pengguna boleh merujuk senarai ini sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesuatu entiti atau skim itu dikenalpasti tidak mendapat kebenaran daripadan BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM,’’ katanya.

Bagaimanapun katanya, jika selepas itu nama entiti atau skim tersebut tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA tersebut, ia tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim berkenaan telah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.

BNM turut menekankan bahawa sama seperti mana-mana pelaburan kewangan, pengguna dinasihati supaya lebih berhati-hati apabila membuat pelaburan dengan mana-mana entiti atau skim kewangan.

Pada Jun lalu, enam entiti disenaraikan dalam FCA iaitu Emar Markets, HF Markets and HF Markets (SV) Pty Ltd, AVAPartner and AVATrade, Just Markets, Etoro Investment dan I Investment 254. – 1 Oktober 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related