◉ HEADLINES

4 individu termasuk ‘Datuk Seri’ direman bagi siasatan tuntutan palsu RM360 juta

Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2016 hingga 2017

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Empat individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’ direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Sumber memaklumkan, mereka termasuk seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu ditahan antara 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Siasatan awal, mendapati mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.

“Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 30 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related