◉ HEADLINES

RCI Batu Puteh bukan untuk balas dendam ke atas Dr Mahathir, kata PM

Perdana Menteri berkata Pasukan Petugas Khas (PPK) itu dibuat semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan bukan untuk membalas dendam ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah kata beliau, jawatankuasa petugas khas itu ditubuhkan pada 2021 ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Tak timbul pun (dendam), masa jawatankuasa pasukan khas itu dibuat sebelum saya pun, itu masa Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Perdana Menteri. Menterinya adalah Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), menterinya, Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Dia ada buat dah findings (dapatan) dan dia lebih teruk lagi jadi tak usah (main isu dendam). Itu biasalah, tapi dia buat dulu macam mana, Takiyuddin buat masa tu, Hamzah.

“Ini soal wilayah, mana boleh. Ada ke negara yang mengizinkan mudah begitu serah (Pulau Batu Puteh) tak boleh, itu prinsip kita.

“Saya tak cadang apa-apa itu serah kepada Jabatan Peguam Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Darul Ulum, SMKA Putrajaya, hari ini.

Semalam dalam perbahasan laporan RCI Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) menyifatkan langkah membawa usul RCI itu sebagai menunjukkan dendam kesumat seseorang ke atas Dr Mahathir.

Hamzah turut mempersoalkan adakah ia untuk mencari kesalahan Dr Mahathir sahaja sedangkan seluruh Kabinet juga harus diambil kira kerana ia tanggungjawab kolektif.

“‘Kalau nak hukum Perdana Menteri, hukum juga Timbalan Perdana Menteri yang sama-sama bersetuju. Kalau itu juga termasuk presiden saya (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu) hukum dia sama. Tapi Pagoh berani bangkit dan pertahankan itu telah dipersetujui Kabinet.

“Ini yang ada dulu tak bercakap, sekarang pandai bercakap, dulu tak bercakap dalam Kabinet, hari akap tak tahu. Kalau tak tahu, berhenti,’’ katanya.

Usul mengenai RCI itu selesai dibahaskan tanpa mempunyai keputusan.

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung usul berkenaan berkata, laporan RCI itu dibawa ke Dewan Rakyat kerana ia sangat penting supaya pandangan dan cadangan dapat diberikan bagi membolehkan kerajaan membaiki sebarang kelemahan.

“Isu sama akan dituduh atau tidak, ia adalah isu Peguam Negara, bukan isu kerajaan. Dalam perlembagaan, kita semua tahu Peguam Negara adalah individu bebas. Kalau ada laporan polis, polis akan buat siasatan dan Peguam Negara akan buat keputusan.

“Kalau setakat hari ini, tiada laporan polis, takkanlah kita dalam Dewan boleh arah polis siasat, boleh suruh Peguam Negara dakwa, mana boleh,’’ jelasnya. – 13 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related