◉ HEADLINES

Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal: Jakim

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negara ini masih bersifat sukarela

4:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata permohonan SPHM terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian, standard serta perundangan yang berkuat kuasa. 

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang sijl melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung tindakan satu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki SPHM sebelum memperbaharu lesen perniagaan, Sirajuddin berkata ia merupakan usaha PBT berkenaan untuk meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbirannya.

Namun, beliau berkata pihaknya berharap agar PBT terbabit dapat memberikan penjelasan yang tuntas dan menyeluruh bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon SPHM dan dalam masa yang sama, menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi pembimbing pada peringkat Persekutuan dan negeri. 

“Hal ini kerana sebagai pemegang SPHM, ia akan memberi jaminan kualiti kepada produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan dan nilai tambah kepada perniagaan dalam memperluas pasaran,” katanya. – 29 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related