◉ HEADLINES

Hutang Mara hampir RM1 juta: Che Ta sudah bayar RM550,000

Pengerusi Mara berkata baki hutang tertunggak perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Rozita Che Wan, 51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah membuat sebahagian bayaran tunggakan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berjumlah hampir RM1 juta.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki  berkata, Che Ta sudah melangsaikan RM550,000 sehingga Jumaat lalu dan berikutan itu, tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Che Ta ditangguhkan.

“Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut bahagian undang-undang Mara telah melaksanakan proses pemfailan kebankrapan untuk mendapatkan semula wang pinjaman berjumlah RM960,000.

Tindakan itu diambil setelah pelakon itu gagal melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun sehingga membawa kes itu ke mahkamah.

Proses berkenaan difailkan ke atas Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28 tahun.

Difahamkan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 yang dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.

Julai lalu, Mara sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Che Ta dan anaknya, namun ditarik balik berikutan wujudnya isu teknikal sebelum meneruskan tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pada Selasa lalu.

Ia juga menyebabkan pelbagai barang bernilai RM100,000 di rumah Che Ta telah disita oleh mahkamah dan writ turut diserahkan kepada ibunya, yang ketika itu berada di kediaman tersebut. 

Mengulas lanjut,  Asyraf menegaskan Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat.

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,’’ katanya. – 29 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related