◉ HEADLINES

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 lagi terima imbuhan

Mereka juga disyaki menerima perolehan haram hasil penyelewengan tersebut dan sedang disiasat

6:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama tiga yang lain baru-baru ini, disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek yang diseleweng oleh pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mereka juga disyaki menerima perolehan haram hasil penyelewengan tersebut.

“Bekas Datuk Bandar adalah pegawai tertinggi syarikat penyiaran yang meluluskan projek dan kita masih menyiasat sekiranya suspek mengambil imbuhan seperti tiga suspek lain,’’ katanya kepada Bernama.

Semalam, media melaporkan polis menahan bekas Datuk Bandar dan dua wanita masing-masing bekas pengurus besar dan pengarah syarikat serta seorang lelaki berumur 53 hingga 71 tahun di Kuching, Sarawak.

Polis turut merampas 32 dokumen di sebuah syarikat di Kuching bagi membantu siasatan kes pengubahan wang.

Dalam pada itu, Razarudin memberitahu, bekas Datuk Bandar dan seorang bekas pengurus besar sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun, belaiu memberitahu pihaknya akan meneliti untuk menyambung reman terhadap dua lagi individu selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Menurut Razarudin, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Kertas siasatan, katanya membabitkan Seksyen 409 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). – 17 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related