◉ HEADLINES

YTL Corp catat untung bersih RM580 juta pada suku kedua

Keuntungan bersih YTL Corp menyusut sedikit kepada RM580 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Disember 2024 daripada RM589.22 juta pada tahun sebelumnya

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) menyusut sedikit kepada RM580 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM589.22 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Kumpulan yang memiliki pelbagai jenis perniagaan itu berkata penyusutan yang berlaku ini disebabkan prestasi yang lemah daripada segmen utiliti.

Katanya, segmen utiliti kekal sebagai segmen operasi terbesar, namun mencatatkan penurunan sebanyak 18.7 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM731.42 juta berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, segmen lain menunjukkan peningkatan dalam keuntungan bersih.

YTL Corp dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan kumpulan melonjak kepada RM8.06 bilion daripada RM7.53 bilion sebelumnya.

Bagi prestasi kumulatif kumpulan selama enam bulan, keuntungan bersih menurun kepada RM913.72 juta daripada RM1.11 bilion walaupun perolehan naik kepada RM15.83 bilion daripada RM15.05 bilion.

Sementara itu, pemilik dan pengendali pelbagai utiliti YTL Power International Bhd mengumumkan keuntungan bersihnya susut kepada RM767.69 juta untuk suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM845.12 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehan syarikat meningkat kepada RM5.68 bilion daripada RM5.37 bilion pada tahun sebelumnya, kata YTL Power.

Namun, bagi prestasi kumulatif enam bulan, keuntungan bersih syarikat turun kepada RM1.24 bilion daripada RM1.69 bilion manakala perolehan naik kepada RM11.36 bilion daripada RM10.82 bilion sebelumnya.

YTL Corp dan YTL Power berkata pihaknya menjangkakan daya tahan berterusan merentasi seluruh segmen perniagaannya disebabkan oleh sifat penting operasi mereka selain akan memantau dengan teliti risiko yang berkaitan serta potensi impaknya. – 21 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

Virandeep Singh makes history as first Malaysian named for IPL 2026 Auction

National all-rounder Virandeep Singh has become the first Malaysian cricketer to be included in the Indian Premier League (IPL) player auction, a milestone hailed by the Malaysian Cricket Association as a breakthrough for the sport in the country

◉ Related