◉ HEADLINES

Kes 1MDB : Roger Ng beri keterangan sebagai saksi pembelaan esok

Shafee memaklumkan prosiding itu akan bermula pada pagi esok

4:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng akan memberikan keterangan dalam perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, esok.

Peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Ng akan memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan.

“Kami memohon memulakan prosiding perbicaraan esok pagi.

“Ini berdasarkan kepada perkembangan terbaru menerusi temubual terhadap Ng pada tengah hari tadi,” katanya.

Terdahulu sebelum mahkamah berhenti rehat, Sequerah memutuskan Ng boleh memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Sequerah membuat keputusan membenarkan hadir sebagai saksi selepas mendapati Mahkamah Tinggi terikat dan tertakluk kepada bidang kuasanya sendiri dan tidak boleh tertakluk kepada mana-mana bidang kuasa asing.

Beliau berkata, perintah yang dikeluarkan mahkamah Amerika Syarikat (AS) iaitu perintah perlindungan tidak mengikat mahkamah di negara ini.

Saksi itu akan memberikan keterangan pada prosiding membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri yang membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di Brooklyn, New York pada 2023 selepas didapati bersalah membantu menggelapkan berbilion dolar daripada 1MDB.

Ketua Hakim Margo Brodie memerintahkan Chong Hwa diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk dikembalikan di bawah tahanan pihak berkuasa Malaysia.

Surat daripada Jabatan Kehakiman AS kepada Brodie memaklumkan sebaik siasatan di Malaysia selesai, lelaki itu dikehendaki dibawa kembali ke AS untuk menjalani hukumannya. – 23 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related