◉ HEADLINES

Axia tular ‘tersepit’ celah dua treler, rupanya salah masuk lorong

Siasatan mendapati akibat tersalah masuk lorong untuk ke stesen minyak, pemandu memandu secara melawan arus sejauh 500 meter

10:35 AM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Akibat tersalah masuk lorong, seorang pemandu Perodua Axia terpaksa memandu melawan arus dalam kesesakan lalu lintas sehingga dihimpit dua treler.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar Gelang Patah itu tular menerusi dua video di media sosial berdurasi enam dan 18 saat.

Rakaman itu turut memaparkan pemandu kereta terbabit ‘menyelit’ di laluan motosikal iaitu di tengah antara kereta yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas.

Kenderaan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran hadapan itu kemudiannya tersekat akibat dihimpit dua treler.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan mengesahkan kejadian berlaku di Kilometer 4, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh arah Kampung Ulu Pulai di sini, pada jam 9 pagi semalam.

Siasatan mendapati akibat tersalah masuk lorong untuk ke stesen minyak berhampiran, pemandu memandu secara melawan arus sejauh 500 meter.

“Pemandu juga telah terlanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios sebelum terhimpit antara dua lori.

M Kumarasan berkata, pemandu lelaki tempatan berusia 26 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini dua jam selepas kejadian untuk memberi keterangan.

“Kedua-dua pemandu lori turut diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related