◉ HEADLINES

Protes pro-Palestin: Universiti Columbia gantung pelajar ingkar arahan bersurai

Pihak berkuasa universiti sebelum itu memberi kata dua kepada pelajar agar mengosongkan perkhemahan protes itu sebelum jam 2 petang (waktu tempatan)

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Columbia mula menggantung pengajian pelajarnya yang mengingkari arahan untuk bersurai dalam protes pro-Palestin yang diadakan di beberapa kolej di Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa di universiti berprestij di New York sebelum itu memberi kata dua kepada pelajar agar mengosongkan perkhemahan protes itu sebelum jam 2 petang (waktu tempatan) atau berdepan tindakan tatatertib.

“Taktik menakut-nakutkan yang menjijikkan ini tidak bermakna jika dibandingkan dengan kematian lebih 34,000 rakyat Palestin.

“Kami tidak akan berganjak sehingga pihak universiti memenuhi tuntutan kami atau kami diusir secara paksa,” demikian menurut kenyataan yang dibacakan oleh seorang pelajar selepas tempoh itu berakhir.

Beberapa jam kemudian, Naib Presiden Komunikasi Universiti Columbia, Ben Chang, berkata, universiti mula menggantung pengajian pelajar bagi memastikan keselamatan di kampus.

Beliau berkata, pelajar sudah diberi amaran, pengajian mereka akan digantung dan akan dihadkan daripada semua ruang akademik, kediaman dan rekreasi.

Sementara itu, sembilan pelajar ditahan petang semalam semasa protes di kampus Universiti Florida di Gainesville, Florida.

Jurucakap universiti terbabit, Steve Orlando berkata, pelajar berkenaan ditahan kerana ingkar arahan yang ditetapkan.

“Mereka tahu peraturan, mereka melanggar peraturan, dan mereka akan menghadapi akibatnya.

“Selama beberapa hari, kami dengan sabar memberitahu penunjuk perasaan bahawa mereka dapat menggunakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara bebas.

“Dan kami juga memberitahu mereka bahawa aktiviti yang jelas dilarang akan mengakibatkan mereka tidak dibenarkan menggunakan kemudahan universiti selama tiga tahun dan digantung pengajian,” katanya.

Selama hampir dua minggu, gelombang protes terhadap perang Israel di Gaza merebak ke kampus universiti di AS, selepas kira-kira 100 penunjuk perasaan ditahan di Universiti Columbia pada 18 April lalu.

Rakaman menunjukkan polis yang memakai peralatan rusuhan di pelbagai kolej untuk menyuraikan perhimpunan juga dilihat di seluruh dunia, sekali gus mengimbas kembali gerakan protes yang tercetus ketika Perang Vietnam. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related