◉ HEADLINES

Kelantan perlu lebih teliti gubal semula kesalahan syariah diisytihar tidak sah

Semalam, Dewan Undangan DUN Kelantan yang bersidang meluluskan usul menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019

10:53 PM MYT

 

KOTA BHARU — Ketua Pembangkang Mohd Syahbuddin Hashim meminta kerajaan Kelantan untuk meneliti dengan lebih cermat dalam menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019, yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas itu berkata perkara tersebut perlu diberi perhatian, agar enakmen berkenaan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, pada masa yang akan datang.

“Saya mengingatkan DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan atau negeri-negeri lain, untuk lebih cermat dalam menggubal undang-undang atau enakmen jenayah syariah, dan memastikannya sepadan dengan peraturan di negeri masing-masing,” kata wakil rakyat tunggal Barisan Nasional itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar dewan, selepas tamat persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Semalam, Dewan Undangan DUN Kelantan yang bersidang meluluskan usul menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari.

Usul itu, yang dicadangkan ADUN Melor Wan Rohimi Wan Daud (PAS), disokong oleh semua Adun termasuk dua daripada blok pembangkang. – 7 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related