◉ HEADLINES

5 sekeluarga maut nahas babit 2 kenderaan di Jerantut

Tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun yang berada di dalam Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua tersepit dan tiga lagi tercampak keluar dari kenderaan, kata JBPM

8:56 AM MYT

 

KUANTAN – Lima sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Jerantut Feri, Jerantut, tengah malam tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata kejadian kira-kira 12 tengah malam itu melibatkan warga tempatan yang menaiki Perodua Bezza dan Toyota Alphard. 

Beliau berkata mangsa, tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun yang berada di dalam Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa tersepit dan tiga lagi tercampak keluar dari kenderaan, lapor Bernama.

“Mangsa yang menaiki Toyota Alphard terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, siasatan awal mendapati Toyota Alphard dalam perjalanan dari Pulau Tawar menuju ke Jerantut, manakala Perodua Bezza dalam perjalanan dari Bota, Perak, menghala ke Jerantut.

Tiga mangsa yang cedera di hantar ke hospital berhampiran dengan bantuan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kata Mohd Razam. – 7 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related