◉ HEADLINES

Prosedur rawatan jantung Hadi di IJN berjalan lancar, berjaya: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim berkata kejayaan pembedahan itu merupakan kelegaan kepada pendukung dan ahli PAS yang amat menyayangi presiden mereka

9:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah selamat menjalani suatu prosedur rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Perkara berkenaan dikongsi oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang memaklumkan prosedur yang dijalani oleh Hadi, 78, berjalan lancar dan berjaya.

Beliau turut memuji kepakaran dan fasiliti perubatan negara, yang setanding dengan negara maju dan kejayaan pembedahan itu merupakan kelegaan kepada pendukung dan ahli PAS yang amat menyayangi presiden mereka.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut memuji kepakaran dan fasiliti perubatan negara. – Gambar fail Scoop, 18 Jun, 2025

“Beberapa jam sebelum prosedur dijalankan, saya bersama beberapa pimpinan kanan parti telah diberi taklimat oleh pasukan pakar yang merawat Tuan Guru Presiden.

“Saya dapat melihat sendiri betapa tinggi komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan ini dalam melaksanakan pembedahan tersebut.

“Sesungguhnya, dengan ketabahan, kesungguhan, kepakaran, serta doa yang dipanjatkan oleh semua pihak kepada Allah SWT, akhirnya Tuan Guru Presiden telah selamat menjalani pembedahan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN, dengan kali terakhir dilaporkan menjalani rawatan pada 5 Januari tahun lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan medianya hari ini berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan Hadi.

“PAS turut merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan pakar dan petugas kesihatan di IJN atas kejayaan menjalankan prosedur rawatan ke atas Tan Sri Tuan Guru seperti yang telah dirancang tanpa sebarang komplikasi.

“Kepakaran, kecekapan serta komitmen tinggi di pihak IJN amatlah kami hargai,’’ katanya yang turut meminta ahli-ahli PAS serta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan negara. – 18 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related