◉ HEADLINES

Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai

Tempat beliau sebagai pengarah JSJ dilaporkan akan diambil alih oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Shuhaily, dilantik sebagai pengarah AKPS sehingga 30 Jun 2027. Beliau sebelum ini memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023.

Tempat beliau sebagai pengarah JSJ dilaporkan akan diambil alih oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu

Ketua Polis Johor M Kumar S Muthuvelu. – Gambar fail Bernama, 28 Jun, 2025

Arahan pertukaran itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Dalam pada itu, Shuhaily ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan mengenai arahan pertukaran tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta media menanti Majlis Serah Terima Tugas yang dijadualkan lusa.

Bagaimanapun tidak dinyatakan siapa pengganti M Kumar sebagai Ketua Polis Johor. – 28 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related