◉ HEADLINES

Johari Ghani pangku tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Ia dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan pada Jemaah Menteri yang bersidang kelmarin

12:27 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diberi tanggungjawab memangku tugas serta fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan pada Jemaah Menteri yang bersidang dua hari lalu.

“Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH.

Ia susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, awal bulan ini.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Peletakan jawatan itu menyusul kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Keputusan diambil kedua-dua pemimpin PKR itu berikutan kegagalan mereka mempertahan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei lalu. – 11 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related