◉ HEADLINES

Abdul Hadi sah pertahan jawatan Presiden pada pemilihan PAS September ini

Ahli Parlimen Marang itu tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun

12:40 PM MYT

 

MARANG – Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar Pas ke-71 di Kedah, September ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata beliau tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun itu.

Beliau yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pertengahan Jun lepas berhasrat untuk terus berkhidmat kepada parti sehingga akhir hayatnya kerana keadaan kesihatannya masih baik.

“Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas. Saya sihat … alhamdulillah, masih sihat,” kata pemimpin berusia 77 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila hari ini.

Mengulas mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan parti gabungan dalam PN kerana jawatan pengerusi PN bukan ditentukan oleh PAS sahaja.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan terdapat desakan untuk PN mempunyai pengerusi yang baharu, namun dakwaan itu dinafikan oleh Muhyiddin sendiri. – 11 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related