◉ HEADLINES

Persoal sikap pekakkan telinga sekutu bukan Melayu PN berkait isu 13 Mei MP PAS: Lingeshwaran

Senator DAP Pulau Pinang itu menggesa pihak berkaitan membuat pendirian secara terbuka, timbang semula sokongan terhadap PN, yang mengamalkan provokasi kaum

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Senator DAP Dr A Lingeshwaran membidas sekutu bukan Melayu Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan memekakkan telinga selepas seorang ahli parlimen PAS mengaitkan isu rusuhan kaum 13 Mei dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Wakil Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan bukan sahaja merujuk parti komponen PN, Gerakan dan MIPP, tetapi turut menyebut Urimai pimpinan P Ramasamy dan Parti Kemajuan Malaysia (MAP) pimpinan P Waythamoorthy, yang kedua-duanya menyokong perhimpunan “Turun Anwar” pimpinan PAS pada 26 Julai.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah sikap berdiam diri sepenuhnya daripada parti dan organisasi yang sehaluan atau bersimpati dengan PN.

“Di manakah suara Gerakan, Urimai, Parti Kemajuan Malaysia, MIPP, dan lain-lain yang mendakwa memperjuangkan maruah Malaysia yang berbilang kaum?” soalnya.

Lingeshwaran menggesa pihak-pihak berkaitan untuk membuat pendirian secara terbuka dan jelas serta mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap PN, yang menurutnya mengamalkan provokasi kaum.

Senator itu merujuk kelantangan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), yang mencetus kekecohan di Dewan Rakyat selepas membangkitkan isu rusuhan kaum pada 1969 ketika mengkritik RMK-13 sebagai meminggirkan masyarakat bumiputera.

Ahli Parlimen PAS itu menyebut bahawa salah satu elemen yang membawa kepada rusuhan 13 Mei, sehingga membabitkan banyak korban, adalah tekanan ekonomi.

Sambil membidas kenyataan Awang sebagai melulu dan menghasut, Lingeshwaran berkata retorik sedemikian bukan sahaja menjatuhkan maruah Parlimen tetapi juga membahayakan keharmonian kaum yang dibina dengan bersusah payah sejak lima dekad lalu.

“Lebih membimbangkan adalah hakikat bahawa kenyataan seperti itu datang daripada seorang ahli parlimen terpilih yang sepatutnya mengkaji secara menyeluruh RMK13, dokumen yang telah diedarkan kepada semua ahli parlimen.

“Adakah ini pengabaian tugas atau taktik politik yang disengajakan untuk mencipta ‘sound bites’ provokatif untuk TikTok dan mengelirukan masyarakat Malaysia?” soalnya.

Lingeshwaran menggesa semua pihak membaca dan memahami pelan hala tuju pembangunan negara lima tahun sepenuhnya, khususnya inisiatif Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (Putera35).

Dia berkata ini jelas menggariskan komitmen kerajaan Madani terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan saksama.

Tambah Lingeshwaran, sikap berdiam diri apabila 13 Mei digunakan sebagai ancaman politik adalah pengkhianatan terhadap nilai demokrasi dan perpaduan negara.

“Ia menunjukkan bahawa bagi sesetengah pihak, kuasa politik mengatasi prinsip. Saya menyeru semua pemimpin yang berprinsip – tanpa mengira kaum, agama atau parti – untuk bangkit dan menolak politik kebencian dan perpecahan,” katanya. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related