◉ HEADLINES

Fadil Marsus kini Ketua Polis KL baharu

Beliau menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang memangku jawatan itu sejak 18 Julai lalu

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Fadil Marsus dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang memangku jawatan itu sejak 18 Julai lalu.

Pelantikan itu dimeterai melalui majlis serah terima tugas di Dewan Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Fadil sebelum ini memegang jawatan sebagai Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur antara isteri Mohamed Usuf, Datin Ain Robieah Shamsudin dan isteri Fadil, Datin Nurashidah Ishak.

Upacara berkenaan dihadiri pegawai kanan Bukit Aman, pegawai dan anggota IPK Kuala Lumpur.

Rusdi dalam ucapannya, berkata pelantikan Fadil sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu adalah amanah dan kepercayaan pucuk pimpinan PDRM terhadap kredibiliti serta daya kepemimpinan beliau.

“Justeru, berikanlah perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan amanah ini dan jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang diberikan.

“Tugas kita bukan sekadar pekerjaan, ia adalah amanah yang bakal dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak,” katanya lapor BH.

Sementara itu, Fadil dalam ucapannya berkata, beliau menerima amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan tekad memastikan pasukan berada pada tahap terbaik.

“Pasukan akan bergerak aktif bersama dengan seluruh masyarakat. Peranan saya bersama timbalan dan semua warga Polis Kuala Lumpur, Insya-Allah, akan ‘all out’ untuk pencapaian visi dan misi PDRM,” katanya.

Beliau menegaskan, kerjasama antara polis dan masyarakat amat diharapkan bagi memastikan keberhasilan di Kuala Lumpur, selain memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan teratur.

“Kami akan laksanakan sebaik mungkin, dengan mengoptimumkan semua sumber ke arah pencapaian positif,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman luas dalam JSJ akan dimanfaatkan untuk menangani cabaran keselamatan di ibu kota bersama barisan kepimpinan IPK Kuala Lumpur.

“Dengan pengalaman yang ada dalam JSJ bersama timbalan serta ketua jabatan, kita akan cuba atasi semua cabaran ini dan laksanakannya sebaik mungkin,” katanya lagi.

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related