◉ HEADLINES

Kibar bendera Israel, tulisan Hebrew: ‘Apa jua alasan yang diberikan, saya setuju tindakan diambil’ – Anwar 

Tindakan itu perlu diambil supaya ia tidak berulang lagi, kata Perdana Menteri

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang mengibarkan bendera Israel dan menampal pelekat tulisan Hebrew.

Menurut Perdana Menteri, apa jua alasan yang diberikan, tindakan perlu diambil supaya ia tidak berlaku lagi.

“Jadi dasar negara, termasuk (kibar) bendera (Israel) walaupun apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis diarah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Mana ada negara di dunia, seperti mana dijajah? Orang yang angkat bendera ‘Union Jack’ itu kita anggap pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera (Israel).

“Walaupun apa alasan diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran. Jangan (dibenarkan) berlaku,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Baru-baru ini tular video sebuah kenderaan pikap yang mempamerkan pelekat bertulisan Hebrew, sekali gus mengundang kontroversi dan kemarahan ramai.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika “Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Polis juga menjalankan siasatan terperinci terhadap kenderaan pacuan empat roda yang didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud “Malaysia adalah Rumah Kita” atau “Malaysia di Tangan Kami”. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

Malaysia’s EV charging race: Build ahead of demand or let the market decide?

Economists differ on whether early government investment is needed to spur EV adoption or risks creating costly, underused infrastructure as Malaysia targets 30,000 public chargers by 2030

◉ Related