◉ HEADLINES

Malaysia negara bebas dan berdaulat ‘tidak tunduk mana-mana kuasa besar’: Anwar

1:11 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus kekal sebagai negara bebas dan berdaulat tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar.

Menurutnya, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagang dan pelaburan dengan semua negara.

Ia termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Brazil dan Afrika Selatan demi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Betul kita baik dengan Amerika Syarikat. Contohnya pada hari Ahad (Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur) tandatangan dengan Amerika Syarikat (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), bincang dengan Presiden Donald Trump, terus kena kecam seolah kita tunduk kepada Amerika.

“Saya jemput juga Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa yang mempengerusikan G20, Trump umumkan melarang semua wakil AS hadir ke G20, tapi saya akan hadir kerana Malaysia negara merdeka, berdaulat dan bebas, kalau kita tunduk kepada arahan Amerika, saya tidak akan pergi,” katanya, lapor Bernama.

Anwar demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di Seberang Perai hari ini.

Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Okt lepas semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus, di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April 2025.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun Malaysia menandatangani ART dengan AS, ia tidak menghalang kerjasama dengan negara lain termasuk dalam sektor nadir bumi.

“Ada yang mengatakan nadir bumi ini (pelaburan) hanya dengan Amerika Syarikat, tidak benar sama sekali. Di Pahang sekarang, nadir bumi Lynas (Lynas Rare Earths Ltd) itu (pelaburan dari) Australia dan ada pelaburan baru RM600 juta masuk menerusi JS Link.

“Di Perak pula, nadir bumi itu (pelaburan ) dengan negara China. Ia tidak menghalang sama sekali, jadi kalau kita tengok perjanjian, kita tengok juga pengecualian dan peluang (yang wujud),” katanya.

Beliau juga berkata pendekatan pragmatik itu penting bagi memastikan Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor dan tenaga hijau sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara. – 8 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related