◉ HEADLINES

MOF nafi dakwaan Petronas ambil 95% hasil minyak Borneo

Dalam apa jua bentuk PSC, Petronas diwajibkan membuat bayaran tunai tetap sebanyak 5% kepada kerajaan Persekutuan dan 5 % kepada kerajaan negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar

6:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan bahawa Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95% hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Sebaliknya, Amir Hamzah memberitahu, keuntungan diperoleh Petronas jauh lebih rendah daripada 10% selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan.

“Industri petroleum dibangunkan melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di antara Petronas dengan pelabur.

“Dalam apa jua bentuk PSC, Petronas diwajibkan membuat bayaran tunai tetap sebanyak lima peratus kepada kerajaan Persekutuan dan lima peratus kepada kerajaan negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar,” katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH–Miri) berhubung dakwaan Petronas mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak manakala negeri-negeri itu hanya menerima lima peratus royalti sepanjang 50 tahun lepas.

Menurut Amir Hamzah, selepas mengambil kira bayaran 10% itu, kira-kira 80% hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran termasuk kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran.

Baki kira-kira 10%, kata beliau, merupakan peruntukan kasar untuk dikongsi di antara Petronas dengan pelabur selepas cukai. 

“Kerajaan negeri juga mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum yang tidak termasuk dalam angka ini,” katanya. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related