◉ HEADLINES

Kesilapan kontraktor punca bumbung bocor di Terminal 1 KLIA

Kontraktor gagal menanggalkan papan lapis digunakan untuk menutup saluran air bagi tujuan keselamatan menyebabkan sistem saliran bumbung tersumbat

9:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports (MAHB) mengesahkan insiden kebocoran air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berpunca daripada kegagalan kontraktor menanggalkan papan lapis yang menutup saluran bumbung ketika kerja pemulihan dijalankan.

MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan lebat menyebabkan air bertakung dan menembusi siling hingga ke balai berlepas namun kepantasan pasukan tindak balas berjaya mengawal keadaan dan operasi kembali normal.

“Kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja pemulihan dan kalis air bumbung utama sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berterusan untuk menangani infrastruktur yang semakin uzur.

“Kontraktor bumbung ketika itu sedang melaksanakan kerja penutupan saluran air yang dijadualkan apabila aktiviti kilat semakin meningkat di kawasan lapangan terbang. Selaras dengan protokol keselamatan, kerja dihentikan serta-merta dan pasukan berkenaan diarahkan meninggalkan kawasan bumbung.

“Bagaimanapun, akibat cuaca buruk dalam keadaan tergesa-gesa kontraktor gagal menanggalkan papan lapis yang digunakan untuk menutup saluran air bagi tujuan keselamatan. Kegagalan ini menyebabkan salah satu sistem saliran bumbung tersumbat dan tidak berfungsi seperti sepatutnya,” kata kenyataan itu.

MAHB menegaskan bahawa kegagalan kontraktor menanggalkan papan lapis tersebut merupakan punca langsung insiden kebocoran serius berkenaan. Ia dianggap sebagai kelalaian yang tidak boleh diterima serta tidak memenuhi piawaian asas kerja yang dijangka daripada kontraktor yang mengendalikan infrastruktur kritikal lapangan terbang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap kontraktor terbabit serta prosedur kerja akan diperketat, termasuk rujukan ramalan cuaca sebelum kerja bumbung dimulakan,” katanya.

Semalam, tular beberapa rakaman video di media sosial daripada orang awam mengenai kebocoran bumbung di terminal penumpang KLIA.

Difaham ia menyebabkan sebahagian kawasan di KLIA terjejas akibat kebocoran air berikutan hujan lebat petang semalam. – 15 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related