◉ HEADLINES

Isu tender RM58.45 juta UKM, SPRM panggil 5 individu bantu siasatan

SPRM berkata siasatan dibuka selepas LKAN mendedahkan, tiga daripada tujuh tender perolehan UKM berjumlah RM58.45 juta tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan

8:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zainul Darus, berkata pihaknya sudah memanggil lima individu untuk diambil keterangan berhubung siasatan perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta.

Beliau berkata, SPRM membuka kertas siasatan selepas pendedahan dibuat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Julai lalu.

“Setakat ini, proses siasatan termasuk penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan.

“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan itu,” katanya semalam.

Menurut beliau SPRM memberi komitmen berterusan dalam memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dilaksanakan dengan baik, selaras dengan usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.

Memetik laporan BH, isu perolehan itu turut disentuh dalam titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, semalam.

LKAN Julai lalu mendedahkan, tiga daripada tujuh tender perolehan UKM berjumlah keseluruhan RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan.

Laporan itu berkata, Jawatankuasa Perolehan Tender UKM telah memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Pra-Tender.

“Terdapat ketidakteraturan yang serius serta kelemahan dalam proses perolehan tender dan tatakelola pengurusan perolehan di UKM. Keputusan Jawatankuasa Perolehan Tender dibuat oleh semua ahli secara kolektif.

“Ini termasuk Jawatankuasa Pra-Tender yang memperakukan syarikat yang gagal di peringkat Jawatankuasa Penilaian Tender bagi kerja menaik taraf dan penggantian 16 unit lif,” kata laporan itu.

Laporan turut menyatakan bahawa Naib Canselor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perolehan, bertanggungjawab memastikan operasi universiti dan tadbir urus perolehan berjalan dengan teratur, selaras dengan subseksyen 12(3) Perlembagaan UKM serta prinsip ‘duty of care’.

UKM juga didapati tidak melantik wakil Kementerian Kewangan (MoF) sebagai ahli Jawatankuasa Perolehan, manakala wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilantik tidak hadir dalam mesyuarat berkaitan tiga tender tersebut. – 23 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Khazanah: A pattern of liquidation after a series of failed investments

With one failed investment after another, a disturbing pattern seems to emerge with Khazanah rather going into liquidation than fulfilling its contractual obligations.

◉ Related