◉ HEADLINES

SPRM buka siasatan dakwaan rasuah libatkan bekas Setiausaha Politik Kanan PM, Shamsul Iskandar

SPRM akan memanggil Albert Tei dan Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat segera dakwaan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil Tei dan Shamsul dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah itu.

“SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

“Selain itu, SPRM juga akan memanggil semua pihak-pihak yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti-bukti yang diperlukan,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu itu dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Shamsul dan menegaskan SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan berhubung tuduhan rasuah ke atas Shamsul.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan luar.

“Kerajaan Madani kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, serta memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar Perdana Menteri mengambil tindakan, termasuk kemungkinan siasatan oleh SPRM, berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politik beliau.

Ia kemudiannya diikuti dengan laporan portal Malaysiakini yang melaporkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, mendakwa beliau telah membelanjakan sebanyak RM629,000 ke atas Shamsul, termasuk bagi kerja ubah suai hartanah yang dikaitkan dengan pemimpin PKR itu, selain pemberian cerut premium dan sut tempahan khas.

Jun lalu, Tei didakwa atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah berhubung skandal permit pelesenan mineral di negeri itu.

Susulan dakwaan berkenaan, Perikatan Nasional (PN) menggesa SPRM menyiasat Shamsul atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berikutan dakwaan yang dibuat oleh Tei serta kewujudan surat sokongan yang dikaitkan dengan beliau. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related