◉ HEADLINES

Isteri Albert Tei ugut fail semakan kehakiman terhadap SPRM

Pei Rie mendakwa berlakunya pelanggaran prosedur ketika serbuan SPRM di kediamannya di Puchong minggu lalu

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, Lee Pei Rie mengugut akan memfailkan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa berlakunya pelanggaran prosedur ketika serbuan di kediamannya di Puchong minggu lalu.

Pei Rie yang diwakili peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal meminta SPRM menjelaskan status beliau sama ada suspek, saksi atau individu yang sedang disiasat.

Beliau turut meminta SPRM mengeluarkan inventori penuh yang ditandatangani berhubung barang dirampas dari kediamannya serta pegawai yang terbabit dalam rampasan itu.

Katanya, SPRM perlu memulangkan segera barang yang tidak diperlukan untuk siasatannya.

Jika agensi antirasuah itu gagal memenuhi permintaannya, beliau akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk memohon perintah bagi mengeluarkan senarai rampasan serta pemulangan mandatori harta ditahan secara tidak sah dan pengisytiharan ketidakpatuhan undang-undang serta prosedur.

Menurutnya, beliau juga akan memfailkan aduan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung pelanggaran prosedur serta dakwaan salah laku pegawai.

Wanita itu berkata, beliau akan mengambil tindakan sivil atau jenayah lanjut untuk melindungi hak serta keselamatannya.

Permintaannya terkandung dalam sepucuk surat yang dikeluarkan Rajesh dan Sachpreetraj kepada SPRM pada 30 Nov lalu, selepas agensi itu menyerbu rumah Albert di Puchong Jumaat lalu.

Pada 28 November, SPRM menyerbu rumah Albert, di mana Pei Rie mendakwa pegawai bertindak kasar ketika serbuan, termasuk mengacukan pistol kepadanya sebelum beliau digari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini menafikan dakwaan pegawainya mengacukan senjata terhadap Albert ketika penahanan, sambil menegaskan bahawa operasi tangkapan di kediaman ahli perniagaan itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. – 1 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related