◉ HEADLINES

Adik Zayn Rayyan: JKM sudah kenal pasti penjaga layak tapi masih teliti pilihan lain

Sebelum itu, Azmir dipetik sebagai berkata, kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara JKM selepas mendapat perintah Mahkamah Majistret Shah Alam

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sudah mengenal pasti beberapa individu yang dilihat layak dan sesuai untuk menjaga adik lelaki kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, namun keputusan akhir berhubung perkara itu masih dalam perbincangan kerana pihaknya sedang mengkaji beberapa perkara lain yang berhubung kait.

“Kita (JKM) dah kenal pasti pihak-pihak berkenaan (penjaga yang dilihat layak dan sesuai dalam kalangan saudara-mara) tetapi kita belum buat keputusan lagi.

“Ini kerana JKM masih lagi teliti apa pilihan-pilihan (lain) yang ada.

“JKM diberi tempoh dua bulan untuk penjagaan sementara sehingga satu tarikh yang mahkamah tetapkan (bersidang) awal bulan Ogos ini dan nanti di mahkamah baru kita tentukan (beri hujah penjaga yang layak berdasarkan penelitian),” katanya.

Pada 15 Jun lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, JKM dalam proses mengenal pasti penjaga mutlak selepas mahkamah memberikan perintah penjagaan sementara kepada JKM selama dua bulan hingga 9 Ogos.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, selain penjaga dalam kalangan ahli keluarga, mereka juga masih meneliti apa pilihan-pilihan lain yang ada. – Gambar JKM Selangor, 24 Julai, 2024

Sebelum itu, Azmir pada 14 Jun lepas dipetik sebagai berkata, kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara JKM selepas mendapat perintah Mahkamah Majistret Shah Alam dan ia sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Selangor pada jam 12 tengah hari 5 Disember hingga jam 9.55 malam 6 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan pada keesokan hari. – 24 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related