◉ HEADLINES

ATM diarah siasat dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam kem tentera

Mindef berkata dakwaan itu tidak mencerminkan budaya ATM namun tindakan tegas menanti jika terbukti benar

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera yang tular di media sosial.

Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang mencemar imej pertahanan negara.

“Sehubungan itu, ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Mindef menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan agar tidak membuat spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Mindef dan ATM.

“Mindef dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya. – 5 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related