◉ HEADLINES

‘Tak letak jawatan’, Dr Akmal kekal Ketua Pemuda Umno: Exco

Desakan berundur ditolak; Exco berdiri teguh di belakang Adun Merlimau selepas kontroversi konvensyen khas

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh tidak akan berundur daripada jawatannya, sebaliknya menegaskan akan terus menjalankan tugas seperti biasa meskipun berdepan desakan dan kontroversi selepas konvensyen khas sayap itu minggu lalu.

Exco Pemuda Umno, Aizat Azam menegaskan seluruh kepimpinan sayap itu berdiri teguh di belakang Dr Mohamad Akmal.

“Dr Akmal Saleh akan teruskan tugas sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Exco Pemuda Umno ‘solid’ sokong Dr Akmal terus ‘lead’ (ketuai) Pemuda Umno,” katanya di sini hari ini.

Aizat turut memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu tiba di tanah air dari Shanghai sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mohamad Akmal didakwa menyatakan hasrat berundur melalui satu kumpulan WhatsApp Pemuda Umno.

Namun, laporan itu segera dinafikan beberapa pemimpin sayap termasuk rakan rapat beliau, Adun Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Kontroversi tercetus selepas Dr Mohamad Akmal dikritik hebat berikutan penganjuran Konvensyen Khas Pemuda Umno pada Sabtu lalu, di mana beliau menggesa Umno menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan bekerjasama dengan PAS di blok pembangkang bagi mempelopori agenda penyatuan ummah.

Gesaan itu mencetuskan kecaman daripada rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan sebahagian mendesak beliau meletak jawatan sebagai Exco Melaka.

Desakan semakin memuncak selepas Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, sambil memaklumkan isu dibangkitkan Pemuda turut diperhalusi dalam Mesyuarat Biro Politik Umno pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, difahamkan tiada keputusan muktamad dibuat Umno berhubung keseluruhan perkara yang dibangkitkan dalam konvensyen khas itu, khususnya cadangan kerjasama dengan PAS. – 9 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related