◉ HEADLINES

Isu dua kem DAP: ‘Bercakap tanpa berfikir, Zahid kini liabiliti terbesar BN’ – Naib Presiden MCA

Tindak-tanduk Zahid menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN dan rakyat justeru beliau kini menjadi liabiliti terbesar BN, kata Tan

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa terdapat dua kem dalam DAP dan kemudiannya menarik balik kenyataan berkenaan secara tergesa-gesa adalah amat tidak wajar, langsung tidak melayakkannya untuk terus menerajui gabungan itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sebagai pemimpin tertinggi BN, beliau tidak sepatutnya bercakap tanpa berfikir, tidak berpegang pada kata-kata sendiri dan bercanggah antara satu sama lain.

Tan memberitahu, tindak-tanduk Zahid menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN dan rakyat justeru beliau kini menjadi liabiliti terbesar BN.

“Ini adalah satu penghinaan secara langsung terhadap kredibiliti politik BN yang telah dibina selama bertahun-tahun.

“Jika Ahmad Zahid tidak segera menilai dan memperbetulkan gaya kepimpinannya, BN hanya akan terus kehilangan sokongan rakyat, dan slogan kononnya untuk ‘menghidupkan semula BN’ akan kekal sekadar retorik kosong.

“Rakyat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab, berprinsip dan berwawasan, bukannya seorang Pengerusi BN yang sentiasa berubah-ubah pendirian, mencetuskan kontroversi dan akhirnya membebankan seluruh BN,’’ katanya.

Datuk Tan Teik Cheng – Gambar Facebook, 19 Januari, 2026

Semalam, Zahid Hamidi yang juga presiden Umno telah menarik balik kenyataan beliau yang menggambarkan seolah-olah DAP memiliki dua kem, jika ia menyinggung parti itu.

Presiden Umno itu berkata, kenyataan berkenaan yang dibuatnya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025, adalah untuk memperjelaskan situasi ada sekelompok kecil pemimpin DAP dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.

“Jika itu menyinggung DAP, saya menarik balik apa yang saya sebutkan itu.

“Namun, tidak langsung menjadi maksud kepada saya untuk menggambarkan wujud dua kem dalam parti itu. Cuma, mungkin ada perbezaan pendapat yang kecil (antara pemimpin DAP),’’ katanya.

Mengulas lanjut, Tan berkata, setiap kata dan perbuatan Pengerusi BN mewakili keseluruhan gabungan, bukannya emosi peribadi atau percaturan politik individu.

“Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja merosakkan imej BN, malah menjadikan BN bahan ketawa di peringkat antarabangsa,’’ tegasnya. – 19 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related