◉ HEADLINES

Mahkamah Tinggi Khas Rasuah ditubuhkan selaras titah Agong

Langkah baharu badan kehakiman pastikan kes rasuah diselesaikan segera dengan hakim berpengalaman

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman Malaysia menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas Rasuah bagi mendengar perbicaraan dan rayuan daripada Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah sempena Istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 semalam.

Badan Kehakiman berkata langkah itu penting untuk memastikan kes rasuah diselesaikan segera dengan hakim berpengalaman.

“Pada masa ini terdapat 14 Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di seluruh negara dengan matlamat menyelesaikan kes dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran.

Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Hakim Besar Malaya setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara bersetuju menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar kes rasuah dan rayuan. Sebagai permulaan, ia akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Semalam, Sultan Ibrahim menegaskan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran tanpa pengecualian.

“Tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang. Usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu hanya kepada penerima, sebaliknya pemberi, ejen atau mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas,” titah Baginda.

Titah itu hadir susulan penahanan bekas Panglima Tentera Darat pada 7 Januari berhubung projek perolehan ketenteraan, dengan sitaan aset bernilai sekurang-kurangnya RM11.4 juta di Kuala Lumpur dan Besut, Terengganu.

Setakat ini, SPRM menahan 23 individu, merekodkan keterangan 30 saksi, serta membekukan 75 akaun bank berkaitan syarikat yang disiasat dengan jumlah keseluruhan RM32.5 juta.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengumumkan semua keputusan perolehan Angkatan Tentera dan polis yang berkaitan dengan rasuah ditangguhkan sementara sehingga pematuhan penuh prosedur perolehan dilaksanakan. – 20 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related