◉ HEADLINES

Tokoh tempatan, media antarabangsa disiasat berkait dakwaan komplot sabotaj negara: Mohd Khalid

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kini menyiasat dakwaan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen membabitkan kerjasama individu berprofil tinggi dengan media asing, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan

10:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan serta mensabotaj kestabilan negara, dipercayai melibatkan seorang tokoh tempatan berpengaruh bersama sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu dimulakan selepas pihaknya menerima laporan polis pada 26 Februari lalu.

“Saya mengesahkan menerima laporan polis semalam dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Mohd Khalid turut menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

“Siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya. – 27 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related