◉ HEADLINES

Bersatu tarik balik saman terhadap speaker Dewan Rakyat berkait isu kerusi kosong

Bersatu menarik balik saman terhadap Tan Sri Johari Abdul, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan berhubung isu kerusi kosong lima bekas Ahli Parlimen

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menarik balik saman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung keengganannya mengisytiharkan kerusi lima bekas Ahli Parlimen parti itu sebagai kosong.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh peguam Chetan Jethwani yang mewakili Bersatu ketika prosiding di Mahkamah Tinggi, di sini.

Langkah itu diambil susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menolak permohonan kebenaran merayu dalam kes berasingan berkaitan empat kerusi Parlimen di Sabah yang turut gagal diisytiharkan kosong oleh Johari.

Sementara itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili lima Ahli Parlimen terbabit memohon agar mahkamah menetapkan kos sebanyak RM10,000. – 5 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related