◉ HEADLINES

Menantu Abdul Hadi gesa Dr Sam ketuai blok pembangkang

Cadangan Ketua PAS Sungai Buloh itu dilihat mampu selaraskan pendirian PN di Parlimen

10:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, mencadangkan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dilantik sebagai ketua pembangkang bagi memastikan keselarasan gerak kerja blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Zaharudin, keselarasan itu penting memandangkan Samsuri turut memegang jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), sekali gus mengelakkan percanggahan pendirian antara parti dan kepimpinan pembangkang di Parlimen.

“Ini posisi ketua pembangkang, tetapi posisi perdana menteri saya tetap konsisten dan sependapat dengan Mursyidul Am Hashim Jasin bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man atau Idris Ahmad lebih layak. Ketua pembangkang tidak melibatkan pentadbiran negara atau kerajaan pusat,” katanya menerusi Facebook.

Zaharudin, yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengulas kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini bahawa jawatan ketua pembangkang ditentukan oleh sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang, bukan oleh mana-mana parti secara bersendirian.

Beliau turut membuat perbandingan antara Hamzah dan Samsuri, dengan menyifatkan Menteri Besar Terengganu itu lebih sesuai memegang jawatan berkenaan.

“Bagi saya jauh baik Samsuri jadi ketua pembangkang kerana penting keselarasan gerak kerja. Jika tidak, PN buat keputusan A, tiba-tiba di Parlimen ketua pembangkang buat keputusan B,” katanya sambil mencadangkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, sebagai pilihan lain.

Sebelum ini, Samsuri memaklumkan pengganti Hamzah yang disahkan dari PAS akan diumumkan hujung bulan ini selepas beberapa proses dalaman parti diselesaikan.

Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang menjadi tanda tanya selepas beliau dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu susulan krisis dalaman parti dan dakwaan mencabar kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin. Mesyuarat PN pada 19 Februari kemudian memutuskan PAS mengambil alih jawatan tersebut, namun Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata tiada pemakluman rasmi diterima setakat ini.

Hamzah dilantik sebagai ketua pembangkang pada 2022 selepas pembentukan kerajaan perpaduan, berdasarkan cadangan PAS, meskipun ketika itu Muhyiddin memegang jawatan Pengerusi PN. – 16 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related